رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Wednesday, 6 April 2016

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..hujan turun..
...اللهم صيبا نافعا

Petang ni admin ingin mengiklankan kelas transit Al-Quran & Hafazan di al-Baghdadi Matahari Heights bagi pelajar Pra-sekolah dan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah sesi petang..Yang mana admin difahamkan, kelas tersebut dijalankan pada jam 12pm-5pm.. Pelajar akan didedahkan dengan pelajaran al-Quran yang mana pelajar akan belajar mengaji bersama guru manakala kelas hafazan pula pelajar dikehendaki menghafal surah pilihan. 


               

Berminat? Mai pm 013-4248154 atau 010-2322875. Pendaftaran masih lagi terbuka kepada semua yang berminat.

Monday, 4 April 2016

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuhu wamaghfiratuhu waridhwanuhu..
Selamat pagi..semoga hari ni lebih baik dari hari semalam dan esok lebih baik dari hari ni..

alhamdulillah..

Ok, hari ni admin nak kongsikan berkenaan adab membaca Al-Quran. First of all, kita semua tahu bahawa al-Quran akan datang kepada kita sebagai pemberi syafaat di hari akhirat nanti.. Ada hadith lain yang berbunyi:

...خيركم من تعلّم القرآن وعلّمه
“Sebaik-baik kamu ialah seorang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya”

Thoib, Antara adab ketika membaca Kalam Allah adalah:

  1. Berwudhu'
  2. Menutup aurat.
  3. Membacanya ditempat yang suci dan bersih, jauh daripada najis dan tempat-tempat kotor.
  4. Menghadap kiblat
  5. Membaca Ta'auz dan Basmalah (kecuali surah Taubah) tanpa basmalah.
  6. Membacanya dengan tartil iaitu membacanya dengan tenang dan tajwid yang betul.
  7. Membacanya dengan memahami maksudnya agar kita dapat mentadabbur kalam suci Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan (digandakan) dengan sepuluh seumpamanya. Tidak aku katakan (Alif Lam Mim) itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf "

(Riwayat al-Tirmidzi)




InsyaAllah, akan datang kami dari Al-Baghdadi Matahari Heights, Senawang akan mengadakan program Malam Cinta Al-Quran. Orang ramai dijemput hadir bagi memriahkan lagi majlis ilmu tersebut. Bila? Nantikan....
Admin akan sentiasa update hari dan tarikh beserta tempat ye...hehehe

Friday, 1 April 2016

[Update]

Alhamdulillah pada hari khamis 31 mac 2016 baru-baru ni, APC Matahari Heights telah mengadakan sambutan Ulangtahun Kelahiran bagi Anak-Anak APC yang lahir pada Bulan Januari, Februari dan Mac.
(Outdoor Session-Senam pagi)



\












(indoor session)








Sunday, 27 March 2016

Sesungguhnya Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah.

Allahu Rabbi...

Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.
(Az-Zariaat: 56)


Semoga setiap perkara yang dilakukan hanya kerana Allah tuhan semesta Alam...

LAWATAN KERJA DARI APC

Assalamualaikum dan selamat tengah hari..

Hari ni admin nak update tentang lawatan kerja dari:

  • APC MERDEKA PERMAI,
  • APC BANGI AVENUE
  • APC CYBERJAYA.

Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sebagai pejuang Al-Quran.
Semoga Allah pandang usaha kita yang tak seberapa ni dalam menyebarkan Kitab suci yang menjadi pegangan dan panduan seluruh umat islam.

Sedikit pencerahan daripada Ustaz Nazri Esa tentang  kaedah Pembelajaran & Pengajaran (P&P) APC Matahari Heights.



Friday, 25 March 2016

Siapa yang berusaha, dia yang dapat.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuhu.

Alhamdulillah masih lagi diberikan nikmat islam dan iman.

Semoga hari ni lebih baik dari semalam..dan esok lebih baik dari hari ni.

hari ni admin nak kongsikan satu pepatah arab yang famous.


Kat sini admin nak kaitkan dengan apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian. Dalam mengejar harta keduniaan untuk kita survive hidup dalam zaman yang admin sure hampir 100% kita perlukan duit..untuk kehidupan seharian kita. Dalam masa yang sama tak lupa juga amalan untuk akhirat kekal abadi..Kena sentiasa "topup"..

Apa yang kita dapat tu adalah hasil daripada apa yang kita usahakan..InsyaAllah, ganjarannya juga "lumayan" disisi Allah..yang penting ikhlas..

Thursday, 24 March 2016

PROGRAM KHAS PENDIDIKAN AL QURAN
bagi pencapaian :
The Malaysia Book of Records (MBOR)
[Ketukan Teknik Al Baghdadi 1000]
Tahniah Bangsa Johor!!!
Kerana terpilih untuk menyertai program belajar Al Quran dengan teknik Al Baghdadi paling ramai (1000 peserta serentak) di Dewan Konvo UTHM.
Menjadi keperluan UTAMA untuk bangsa Johor menjadi peserta bagi memastikan hasrat dan tujuan mencapai REKOD MBOR ini menjadi kenyataan yang bakal disaksikan oleh Menteri Besar Johor.
Apa faedah dapat hadir???
**************************

  • dapat menjadi sebahagian penyumbang REKOD MBOR utk Program Terbesar Teknik Al Baghdadi yang pastinya dapat menjadi nukilan SEJARAH untuk diri sendiri

🌟
  •  dapat memberi bimbingan berterusan terhadap pembelajaran anak2 di rumah, dan anak2 akan rasa lebih DIHARGAI

🌟
  • dapat merangsang peningkatan perkembangan anak2 dengan lebih CEPAT dengan BANTUAN anda sebagai ibu bapa

🌟
  • KESERONOKAN dalam pembelajaran di rumah dapat dibentuk bersama2

🌟
  • BONUS!!!! Ibu bapa dapat meningkatkan ILMU dan KUALITI pembacaan Al Quran dengan lebih MUDAH dan SERONOK

Dan.....
Pastinya yuran* penyertaan ISTIMEWA untuk,
✅Ibubapa/Dewasa/Orang Awam : RM49/seorang
✅ Rangkaian Al Baghdadi ALC APEC NAC & ACC serta pelajar dan ORANG AWAM: RM 49
✅Anak APC: Percuma (atas pemantauan ibubapa sendiri)
✅Pelajar UTHM/Kolej KOMUNITI/ Pelajar Sekolah : RM20 seorang
*utk menampung kos makan/bahan/sijil
(yuran asal RM500).
*pembayaran boleh dilakukan ke akaun LoveQuran Management 5624 0561 5066 (Maybank) dan bukti bayaran boleh ws ke nombor 0132345960.
Jom bersama merebut PELUANG hadirkan diri pada,
Tarikh : 26 Mac 2016
Tempat : Dewan Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja, Batu Pahat
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Pengendali : Ustaz Qr Jalaluddin Haji Hassanuddin
Pengasas Teknik Al Baghdadi
Jom bersama mencipta sejarah Ketukan Al Baghdadi paling ramai👌�👍�




👍
Hari ni, admin nak kongsikan doa untuk pembaca blog #albaghdadinegeri9..
Semoga ianya bermanfaat buat pembaca dan diri admin sendiri.

Seperti yang kita ketahui doa adalah senjata orang mu'min.. Jadi doalah yang baik-baik agar natijahnya juga baik.. Is it true? Yesss


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم، بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَلَمِيْنَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالمُرْسَلِينَ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.
Alhamdulillah, Tuhan sekalian alam, solawat atas Nabi Muhammad S.A.W.
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوبَنَا وَلِوَالِدِينَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّوْنَا صِغَرًا. وَلِجَمِيعِ المُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkan dosa kedua ibubapa kami dan dosa umat Islam, Ya  Allah.
رَضِيتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِالإِسْلَامِ دِينًا، وَبِالقُرْآنِ إِمَامَ، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا وَرَسُولًا.
Kami redho Allah Tuhan kami, Islam agama kami, Al-Quran panduan kami dan Nabi Muhammad ikutan kami.
اللَّهُمَّ نَوِّرْ قَلْبِى بِنُورِ هِدَايَتِكَ، كَمَا نَوَّرْتَ الأَرْضَ، بِنُورِ شَمْسِكَ أَبَدًا أَبَدًا.
Ya Allah terangkan hati kami, dengan cahaya hidayahMu, seperti kau terangkan bumi dengan matahari selama-lamanya.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا، هَذَا جَمْعًا مَرْحُومًا، وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ وَتَفَرُّقًا مَعْصُومًا، وَلَا تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا، وَلَامَعَنَا، وَلَا مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلَا مَطْرُودَا، وَلَا مَحْرُومًا.
Ya Allah berkatilah majlis ini, mudahkan lah perjalanan majlis ini, mudah-mudahan dengan majlis ini dapat menjalinkan ukhuwah sesame kita. Ya Allah berkatilah pertemuan pada hari ini.
رَبَّنَا ءَآتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وصلى الله على محمد وعلى اله وصحبه وسلم، والحمدلله رب العلمين.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Friday, 18 March 2016

[Program Kursus Perunding Teknik Al-Baghdadi]


Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah thumma alhamdulillah.
Masih lagi diberi nikmat Islam dan Iman.
Dengan rasa rendah hati, admin ingin menjemput tuan/puan dan kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri kursus ini.

Program itu akan dijalankan pada tarikh dan masa berikut:

Tarikh: 23 & 24 April 2016
Hari:    Sabtu & Ahad
Masa:   8.30 pagi hingga 4.30 petang (Sabtu)
             8.30 pagi hingga 1.00 petang (Ahad)
Tempat: Dewan Asy-Syatibi, Al-Baghdadi Training Centre Negeri Sembilan
Yuran:   RM160 sahaja.

InsyaAllah tengah hari ni admin nak kongsikan manfaat bagi sesiapa yang menyertai program kursus perunding teknik Al-Baghdadi. Kursus ini adalah bertujuan:

  • Pembelajaran Al-Quran yang mudah, sistematik dan berkesan. Inovatif, kreatif dan efektif.
  • Al-Baghdadi menerima 3 pengiktirafan The books of Record. Pastinya sijil yang bakal diperolehi bernilai buat para peserta.
  • Al-Baghdadi telh memiliki hampir 1200 rangkaian pendidikan Al-Quran sekitar dunia, pastinya peserta mampu pergi lebih jauh dalam bidang pendidikan Al-Quran.
  • Al-Baghdadi telah menerima penyertaan hampir 300 000 untuk mempelajari teknik Al-Baghdadi ini ari usia 3 tahun hingga 70 tahun, pastinya peserta akan dapat menerima Al-Baghdadi sebagai pembelajaran sepanjang hayat.
Dengan kadar pelaburan ilmu yang berpatutan, peserta dapat membongkar rahsia keunikan teknik Al-Baghdadi. Justeru itu, kami di pihak Al-Baghdadi Negeri Sembilan berharap agar tuan/puan dapat menyertai program ini demi melahirkan seramai mungkin generasi celik Al-Quran.

Program ini terbuka kepada dewasa sahaja.




Semua dijemput hadir






Wednesday, 16 March 2016

<< Live update >>
Sedang berlangsungnya KEM TAHFIZ CUTI SEKOLAH HAFAZAN ARAS TINGGI surah al waqiiah di Dewan As-Syatiibi Al-baghdadi Taman Matahari Heights yang dikelolakan oleh ust najmil..
Moga dengan berlangsungnya program seperti ini, bakal melahirkan generasi-generasi yang celik al quran





[UPDATE]


16 MAC 2016
Masjid An-Nur, Rembau


Alhamdulillah selesai hari pertama program HAFAZAN ARAS TINGGI surah al buruj di masjid An-Nur Rembau.











Tuesday, 15 March 2016

[UPDATE]
14 MAC 2016
MASJID AT-TAQWA, PAROI

Ustaz Nazri sedang memberi menerangkan kaedah mengambil wudhu dengan betul dan tertib.
Solat Dhuha berjemaah sebelum kelas hafazan bermula.
Rehat sebentar bersama "Roti Gardenia". :)
 
Ulangkaji Hafazan Surah Al-Buruj 

 
Bergambar selepas program hafazan aras tinggi.

Ucapan daripada Imam Masjid At-Taqwa, Paroi.