رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Wednesday 6 April 2016

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..hujan turun..
...اللهم صيبا نافعا

Petang ni admin ingin mengiklankan kelas transit Al-Quran & Hafazan di al-Baghdadi Matahari Heights bagi pelajar Pra-sekolah dan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah sesi petang..Yang mana admin difahamkan, kelas tersebut dijalankan pada jam 12pm-5pm.. Pelajar akan didedahkan dengan pelajaran al-Quran yang mana pelajar akan belajar mengaji bersama guru manakala kelas hafazan pula pelajar dikehendaki menghafal surah pilihan. 


               

Berminat? Mai pm 013-4248154 atau 010-2322875. Pendaftaran masih lagi terbuka kepada semua yang berminat.

Monday 4 April 2016

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuhu wamaghfiratuhu waridhwanuhu..
Selamat pagi..semoga hari ni lebih baik dari hari semalam dan esok lebih baik dari hari ni..

alhamdulillah..

Ok, hari ni admin nak kongsikan berkenaan adab membaca Al-Quran. First of all, kita semua tahu bahawa al-Quran akan datang kepada kita sebagai pemberi syafaat di hari akhirat nanti.. Ada hadith lain yang berbunyi:

...خيركم من تعلّم القرآن وعلّمه
“Sebaik-baik kamu ialah seorang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya”

Thoib, Antara adab ketika membaca Kalam Allah adalah:

  1. Berwudhu'
  2. Menutup aurat.
  3. Membacanya ditempat yang suci dan bersih, jauh daripada najis dan tempat-tempat kotor.
  4. Menghadap kiblat
  5. Membaca Ta'auz dan Basmalah (kecuali surah Taubah) tanpa basmalah.
  6. Membacanya dengan tartil iaitu membacanya dengan tenang dan tajwid yang betul.
  7. Membacanya dengan memahami maksudnya agar kita dapat mentadabbur kalam suci Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan (digandakan) dengan sepuluh seumpamanya. Tidak aku katakan (Alif Lam Mim) itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf "

(Riwayat al-Tirmidzi)




InsyaAllah, akan datang kami dari Al-Baghdadi Matahari Heights, Senawang akan mengadakan program Malam Cinta Al-Quran. Orang ramai dijemput hadir bagi memriahkan lagi majlis ilmu tersebut. Bila? Nantikan....
Admin akan sentiasa update hari dan tarikh beserta tempat ye...hehehe